Showing posts with label new. Show all posts
Showing posts with label new. Show all posts

Sunday, February 01, 2009

:: kembali ::



rindu untuk menulis.. mmg rindu..
hakikatnya, byk yg ingin aku ceritakan..
ada rakan bertanya, kenapa aku tak tulis apa2 saja? apa2 saja...
entahlah yer.aku ambil masa utk bersendiri dan berhenti menulis takkala jemari tak mampu lagi mentafsirkan rasa hati yg agak terawang2 ketika itu...
ada masanya berdiam tu lebih baik kan? ;) byk yg perlu difikirkan menjelang tahun baru tempohari.
muhasabah diri.. ermm..mencari ketenangan.. fikir semula hala tuju hidup..
apa yg perlu diperbaiki..diperbetulkan..byk betul kekurangan diri... hmm

sepeninggalan aku...

  • Aku belajar bahawa hidup berumahtangga ini bukan mudah. dari hal sekecil2 kuman hingga ke sebesar2 alam pon boleh menimbulkan sengketa. perkahwinan itu adalah pengalaman. antara sabar, tolak ansur & persefahaman. hmm..bersediakah aku? insya-Allah. dlm usaha memperlengkapkan diri lagi. :) terima kasih buat DIA yg banyak mengajar aku. aku masih 'budak' dan perlukan bimbingan dia untuk menjadikan aku isteri yg solehah.
  • usia perkenalan 3 tahun bukanlah kayu pengukur utk sebuah kejujuran seorang SAHABAT yg aku kira telah berkongsi suka duka. merasai bagaimana ditipu bulat2. hmm..sungguh menyakitkan. tapi.. arghh!! biarlah dia.janji dia bahagia. mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa harus menipu. hmm..
  • tahun ni aku takde azam tahun baru.aku pon tak tau kenapa. cuma aku berharap tahun 2009 ni akan lebih baik buat aku dari setiap aspek. rohani, fizikal, mental, sahsiah.. isk..lebih2 plak. :P Ingin melakukan apa yg aku ingin lakukan dalam hidup, ingin melihat dunia (chewah! mcm jauh sgt bleh pi..ekeke). Erm..aku juga dah tak berapa aktif mengambil gambar utk wedding. Aku rasa lebih puas mengambil gambar2 yg aku suka cam pemandangan ke..macro ker.. Self satisfaction.


  • :: bagan lalang..just love tis pic ::




    :: couple ni tak tau pon aku amik gambor diorang ;) ::

  • Oh! lately aku sangat suka memasak. terutamanya kuih tradisional dan lauk-pauk. huhu.. aku pon tak tau kenapa. mayb itu cara aku utk mengurangkan stress.. dengan memasak. :P aku gak ske plak cuci bilik air skrg ni. haiyak! abis la sabun mak aku..hihihi..


  • :: macaroni & cheese ::

  • Sangat2 berterima kasih pada DIA.. tanpa dia sedar, dia dah byk ubah idop aku. alhamdulillah kepada yg lebih baik. -ve to +ve. aku mula sedar, kadang2 tak salah kalau kita berlembut dengan org (terutamanya ibu bapa) meskipun kita tahu kita di pihak yg benar. forgive and forget tu sangat2 sukar utk dilakukan sbb aku sangat2 terluka. tapi.. selama mana aku nak biarkan luka tu terus berdarah, terpulang pada aku.. tepuk dada tanya selera...



    :: takde kene mengena ngan sesapa. just teringat kat my 'cicik' ::

  • hal kerja aku.. hmm...tak banyak yg boleh diharapkan. Unit Restructuring membuatkan aku & best officemate aku 'terpisah'.. nak wat cane, aku ni org kecik jer. Adat bekerja camni la.. Hmm..aku hanya cuba buat keje aku kerana Allah dan sehabis baik sebanding ngan gaji yg aku terima. DO WHAT I CAN, WITH WHAT I HAVE AND WHERE I AM.. Kegawatan ekonomi ni, kena fikir panjang kalo nak switch ke environment keje yg baru. Sekurang2 aku bleh bayar duit keta, duit api air, belanja dapur.. ermm..


  • :: apa ada atas PC aku? ::

  • terfikir untuk berpindah ke rumah sendiri.tapi... ibu & ayah akan tinggal sorang kat umah.. cian plak..walaupun abg aku ada kat sebelah rumah, tapi... hmm.. aku takleh harapkan dia sgt. so..skrg, umah aku adalah BILIK AKU.. hehe.. the best place.. HEAVEN! akan cuba lengkapkan apa yg patut.. new curtain, tv LCD, dvd player, ermm..sofa L shape idaman aku? gege... chaiyok! chaiyok! ;)

  • :: best kan kalo dpt bilik tedo camni ::

cukup panjang tak untuk first update for 2009 nih? hehe...
ciow! zzzzzzaaaasssssssss........


Saturday, March 22, 2008

:: hair do ::




ni keje aku arini. ngeh...ngeh..ngeh.. dah 'berabad' rasa nya aku bela rambut panjang. so,pagi tadi, lps mandi aku buat decision nak potong abis...ekekeke... teringat masa aku skolah2 dulu esp sekolah rendah. :) mana penah rambut pjg. konon2 tomboy ler tu.. huhu..

tapi tadi masa hair styler tu nak gunting rambut aku, rasa lain macam gak arr.. tapi..ok jer.alah, rambut ni bukannya tak tumbuh langsung,kan? kan? styler kata aku berani betul buat perubahan drastik. tiba2 nak short hair. hihi.. sib baik aku x demam sbb potong rambut. kih..kih..

kenapa aku potong rambut?

1) senang jaga
2) cepat kering kalo cuci.
3) takyah beli accessory. getah, riben,cekak... bla..bla...
4) jimat masa.
skrg, guna jari & air jer dah bleh kuar umah.takyah sikat2.. :P
4) jimat syampu
5) dah boring rambut pjg. (mcm2 style aku dah buat, straighten? curl? layered?)
6) sebab2 peribadi yg aku tak dapat nak terangkan kat sini... :(

dulu2 kalo aku nak potong rambut pendek jer, ibu slalu marah.. katanya nanti nak kawen, xde rambut.. bla..bla..yelah, time tu memang ada perancangan ke arah tu.. tapi tahun demi tahun, kita hanya merancang, dan Allah yg tentukan.. so, this year, aku berambut pendek jugak akhirnya.. YIEHAH!! sbb aku tau, takde perancangan ke arah tu.. (erk..sound mcm keciwa saja..ekeke) well, i just need to do something yang bleh membahagiakan aku walaupun sekejap. :) aku dah consult few of my good frens, yosh (he was the first to know yg aku memang dah nekad nak potong rambut), 'mamat mata sepet', Aida... hmm..kali ni ibu dah tak tercakap apa, sbb takde alasan lagi..kih..kih..

luv my new hair

*almost everyday aku buat entry? gila ini olang! ekeke..

Friday, February 29, 2008

:: outlook ::

:) template baru aku. amacam? ok tak? hehe..mcm jiwang2 karat lak.siap berbunga2..hehehe.aku ske template ni sbb nampak 'fresh and white'.. ekeke..(iklan ubat gigi..) hope kowang pun ske gak.