Bukit Fraser : gambar ni diambil kala menunggu waktu untuk turun.this was the second time aku ke sini. tahun 2000 dulu, aku tido dlm perjalanan. tapi kali ni, berjaga. hmm..tobat aku takmo pegi lagi.fening! meskipon sejuk dan tenang tempatnya, tapi..tetap tak larat nak mengharung sekali lagi selekoh2 yang ntah berapa km.. :P sib baik tak muntah...
Genting Highlands : Bersama-sama hanyut ditengah-tengah kesejukan dan kesegaran udara di sini, membuatkan kami macam takmo balik. :P tapi kena balik juga.. ermm..tak ku sangka, terrel jugak 'katak ijau' aku, sampai leh naik ke atas tu.. ;) syabas bette! Cerita tentang cita-cita,tentang hidup, tentang cinta.. mau dekat 3-4 jam gak melepak kat port yang sama... dan akhirnya,balik2 tu, haku SUNBURN! wakakaka!

Dock Fender : dulu keje aku ada kena mengena sikit ngan benda ni. entah, sejak rombakan unit ni, terasa beban keje tu berkurang (untuk setakat ni). which aku dah tak handle data-data, report bla..bla.. tapi aku paling sayang nak lepaskan keje yang aku dah bangunkan since aku masuk keje, Profile Of Rubber Product Manufacturers. :( and now, keje aku more on R & D.. huhu..

Mee Udang Kuala Sepetang : Baru-baru ni aku gi ke Utara. Bawa parents jenjalan melawat sedara kat Kedah. On d way,tunaikan hajat ibu nak makan mee udang. So, singgah di Kuala Sepetang. huh! sememangnya terrel aku ni sebab tak sesat jalan. Ekeke! perasan sungguh.. :P tapi nak mkn mee udang ni punyalah siksa.. tunggu sejam baru dapat.. itu nasib baik sejam.. ada yg kena tunggu lagi lama.. :P tapi...berbaloi arr.. sebab udangnya BANYAK & MANIS... fresh la katakan.. ;)

Sowang-sowang : aku dah kembali ke keadaan asal "terbiasa sendiri". Seperti biasa, mata-mata akan melihat aku dengan penuh kehairanan seolah-olah bertanya "sorang ajer?". takper, aku faham.senyum. :) meskipun dah terbiasa begitu sejak kecik, sowang-sowang,cabaran sunyi itu tetap ada..

Sometimes : Ada masanya aku suka duduk di office meskipun dah abis waktu pejabat @ time hujung minggu. entah. kadang2 kita temui ketenangan itu di tempat yang tak kita sangka-sangka. but most of it, aku paling suka memandu sowang2. kenkadang saja masuk jalan yang aku tak tau. biar sesat. biar pening carik jalan pulang, tapi aku suka. end of the day, kepenatan. :)

Sos Hati : Time makan fries kat Shah Alam, tetiba aku rasa nak lukis camni. hehe..chomel x?
Mawar Merah untuk Kasih : Terkasima menerima 3 kuntum mawar merah. Ermm..terima kasih. Meskipun aku bukanlah peminat bunga sangat, tapi naluri wanita tetap tersentuh dengan kejutan sebegini. Tersipu-sipu aku jadinya. Kadang2 aku rasa, aku tak perlu luahkan apa yang aku rasa atau mahukan, tetapi dia seolah-olah faham akan segala penderitaan ini. Tanpa perlu berhubung juga dia seolah-olah tahu ada sesuatu yang aku sembunyikan dan dapat mengagak isi hati. Allah menghadirkan pelangi itu untuk tatapan yang sementara cuma, agar kita lebih menghargai kehadirannya..

Novel Hartini :Akhirnya saya berjaya meminjam buku ni.. Terima kasih Cinta! :) hmm..seolah2 menyelami diri sendiri bila membaca buku ni. Masih belum habis membaca. Setiap bait tulisan itu aku baca perlahan-lahan. hmm..dalam pada itu, aku sempat berbual dengan ibu pasal buku ni. Dalam hati, meneliti harapan yang pernah ibu sandarkan sewaktu melahirkan saya dahulu. Meskipun tak banyak, ada sedikit yang terkesan pada diri saya... :)
5 comments:
enjoy tau ;)
teringin lak nak mkn mee udang tu hehhe
Cinta->haha! baru katam sekali.. ni nak baca lagi sekali.. ngeh!ngeh!
faeizah->gi la mkn.. best tau! tapi kat sana ada byk gerai mee udang.. cuba carik yg dah dekat2 kuala tu.. ermm..best gak jenjalan carik mkn ni.. hehe...
nangis tak baca Hartini? hehehe...
zuril--> ermm..dah tiga kali baca ni.. nangis jugak.. sob..sob.. ni nak baca skali lagi sebelum pulangkan ke tuan empunyanya... huhu...
Post a Comment