Wednesday, January 09, 2008

:: anak-anak KITA ::


aku agak tidak sihat kebelakangan nih.namun hujung minggu lalu sempat juga teman kawan2 pi mandi air terjun.hehehe.. tapi aku just lepaking kat atas batu..on the way balik, gi kolam air panas + rendam kaki.MMG PANAS! hehe..tapi pengunjung yg ada kat situ mcm dah biasa..
selamba jer mandi.. pergh!! HEBAT! gegege...
sebenarnya tu aku bkn nak cerita aktiviti hujung minggu aku tapi pasal anak-anak bangsa. apa yang aku nak cerita kat sini berdasarkan pengalaman aku sendiri.entah.malu dengan anak bangsa sendiri.bukan mendabik dada bahawa aku ni baik dan 'terlalu' bersopan santun.
tapi... entah.. kowang nilai la sendiri.

aku pi salah satu stesen minyak, nak cucuk duit.tengah aku dok nak tekan2 pin number, tetiba datang 2 org budak pompuan yang kukira baru darjah 6 atau tingkatan satu.dengan dress-up 'macam' dah dewasa. not to mention pasal make-up! diorang datang2 terus berdiri rapat betul2 sebelah aku (agak2 dalam sejengkal cenggitu).dan diorang perati apa yg aku buat.wonder gak aku, pesal ngan bebudak nih? so..aku cakap la kat diorag.. "Dik, boleh tak tolong ke belakang sedikit?".. dengan muka x puas ati, diorang gerak ke belakang 'sedikit'.sambil tu dok perli2 aku.hmm..tak payah la aku nak citer kat sini.dah settle urusan, aku pun blah.nak keluar tu aku dengar diorang dok ajuk2 apa yg aku cakap tadi.

mula2 memang rasa bengang dengan apa yg diorang buat dan cakap tuh, tapi.. bila fikir2 balik,aku kesian.terfikir inikah yang diorang belajar di sekolah selama nih? inikah orang Melayu yang selama ni kita banggakan dengan ketinggian sopan santunnya? Inikah org yang nak pimpin dan bangunkan negara akan datang? mungkin hanya segelintir yang bersikap demikian.dan mungkin selebihnya, masih ok. MUNGKIN.ayah aku penah cakap, kadang2 bangsa asing lebih berbudi bahasa dari bangsa sendiri.

baru2 nih heboh pasal yuran sekolah.mungkin lebih baik kalo kerajaan kenakan yuran macam dulu2 supaya budak-budak sekarang lebih menghargai apa yang dipelajari di sekolah. setiap duit yang ibubapa keluarkan, duit yuran, duit buku teks, duit bas skolah, mungkin akan lebih bermakna bagi pelajar.quote kata2 salah seorang selebriti kita dalam sebuah rancangan, "budak2 sekarang terlalu manja". memang. sangat2 manja. sekarang kalo kena tampar, dah bleh masuk court, cikgu bleh kena saman. tapi dulu, jangan kata tampar, rotan,pembaris panjang, kena baling ngan kapur+pemadam papan hitam tu dah biasa dah.

aku takmo nak salahkan budak2 sekarang.mungkin keadaan kat sekolah sekarang dah tak sama macam dulu.guru-guru pun mungkin ada yang mengajar sekadar melepas batuk di tangga. yelah, sesetengah dari mereka hanya menjadi guru disebabkan susah nak dapat keje lain. so, kualiti dalam pengajaran tu tak begitu diambilkira. tapi aku puji sesetengah guru tuh, memang mengambil inisiatif nak student jadi pandai.dah tgk cikgu bersemangat, student sure akan rasa segan & tekad nak belajar bersungguh2.tapi berapa kerat cikgu yang mcm tuh? ni pengakuan seorang guru yang aku jumpa, kalo dia rasa hari tu dia malas nak mengajar, dia akan bagi latihan byk2 kat pelajar supaya diorang duduk diam2 buat latihan. erk? :(

aku rasa, bagi pelajar yang lalai sekarang, harap2 diorang tak menyesal di kemudian hari.
zaman belajar tak sama dengan zaman keje.kalaulah aku diberi peluang nak ulang balik masa lalu, aku nak belajar lagi & nikmati zaman belajar aku. :)
tapi..most of all.. walau ilmu setinggi mana pun, kalau akhlak tak elok, hmm..takde guna gak!

p/s: serius lak topik aku arinih.. hehe...

3 comments:

Wirawan Terulung said...

adoilar...tetibe siyes plak topik si kasih ni. bese lar kan, sesumpahkan mmg biasa berubah mengikut keadaan semasa....:p

K@sih said...

tak selalunya kita leh gelak ketawa..
tak selalu gak kasih jadik siyes..
dan tak salahkan kalo kasih jadik siyes?
ekeke...kasih siyes? ekeke...
*wink*wink*

kalo asik tulis pasal diri kita jer,org akan boring...
dan terlalu byk yg kita akan reveal pasal diri kita.. ;)

so, sekali sekala kena gak tulis pasal apa yg jadik disekeliling kita..

Acaii Jawe said...

yeaaahhhh, hidup kasih for president!!! hehehe...:) waa takut ar kasih buat entry siyes,hihi..:) mmg pelik kekadang budak2 zaman skrang..apakah terlalu sebab dimanjakan mak bapak..cikgu mungkin satu hal tapi mak bapak yg tengok anak2 dia membesar tak sedar ke perkara tu,huhu..entahla..lum kawin lagi takle ckp byk sangat,hahahaa