Monday, December 17, 2007

:: sana SINI cerita KAWEN ::

aku cuba mencari2 apa yang nak ditulis pada hari ini.aku nak tulis sesuatu tapi takde idea.hilang.blank.semalam,majlis perkahwinan sepupu, aku merangkap jurugambar merasakan satu ketidakpuasan hati bila agak sukar untuk bekerjasama dengan kedua-dua mempelai..
ada 'sesuatu' mengganggu kedua-duanya. sayang sekali sbb kedua2 mempelai mmg mcm pinang dibelah dua.aku cuba untuk menenangkan mempelai, tapi nampaknya tidak berhasil.. :(
secara tidak langsung, kerja aku agak terganggu. isk..cobaan..

rupanya bkn mudah nak kawen yer. ibu penah cakap, selalunya mak andam akan baca sesuatu @ buat 'pagar' dan berdoa supaya majlis berjalan lancar. tapi menurut ibu, kebanyakan 'mak andam' sekarang takde ilmu2 mcm tu.untuk menyolekkan pengantin pun ada 'cara'nya supaya seri pengantin terserlah.ada ayat2 tertentu yang akan dibaca.baru aku tau... hihihi..

hmm..berbalik kepada cerita sepupu aku tadi, macam kesian plak..
dimaklumkan, malam sebelum itu, semasa persandingan di hotel, dia kena 'macam2'..
nasib baik ada makcik aku yang bleh 'pulihkan'.. :(
ada ker patut sepupu aku pi halau pengantin lelaki balik?
hehe..mcm x logik,kan?
tapi...itu lah hakikatnya.
macam2 manusia kat dunia nih.dengki khianat tak pernah pupus..

3 comments:

Acaii Jawe said...

mmg peliklakan cik kasih org yg dengki tu..apala yg diaorg dapat..mak andam adik tu siap suh taruk jarum tah apa lagi bawah katil..:) tapi mak tak bagi,hehee..:) alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah...:) pengantin sume ok jer*smile

Wirawan Terulung said...

dah tu pengantin lelaki tu balik ke??

hehehe....

K@sih said...

acai--> memang pelik manusia ni..selalu jer tak puas ati dgn org lain..

wirawan terulung--> pengantin lelaki tu x balik ler.. dia genggam tgn pengantin pompuan tu kuat2 & minta pengantin pompuan tu kuatkan semangat, lawan semua perasaan n bertenang.. :) best kan pengantin lelaki tu? cool jer...