Tuesday, February 13, 2007

:: b.e.r.u.b.a.h ::

banyak yang berubah sejak kebelakangan ini..
cuaca...semakin panas..harap2 ramalan kemarau tidak tepat.
manusia...semakin mengejar nilai wang & melupakan nilai kemanusiaan..
tapi... bukan semua yang berubah itu ke arah negatif...

mungkin 2007 ini menanam satu azam untuk meperbaiki sgala kelemahan..
anjakan usia juga membuatkan kita tersedar..20,30,40,50,++++...
itu hanyalah sekadar nombor...
apa dan siapa di sekeliling kita...selama ini jarang dipedulikan..
anak-anak yang selama ini terbiar..sebenarnya aset di hari tua..
isteri yang setia menanti..tidak lagi ditinggalkan & dimaki hamun..
ibu bapa yang tak henti2 mendoakan kebahagian kita...
kadangkala kita lalai akan tanggungjawab & adab sebagai anak..

mudahkah untuk berubah?
untuk berubah, sememangnya memerlukan keazaman yang tinggi..
berjaya atau tidak, semua bergantung pada diri sendiri..

penerimaan?
perubahan pada diri kita mungkin tidak membawa kesan pada sesetengah org..
tetapi tidak pada sesetengah yang lain lagi..
ada yang kurang senang dan tidak dapat menerimanya...
ada yang bergembira kerana mendapat faedah dari perubahan kita..

aku? cuba juga untuk berubah..menjadi yang lebih baik..
aku? agak sukar untuk menerima perubahan terutama yg berkaitan dengan perasaan..
aku? harap kasih-Nya pada ku tidak akan berubah..malah bertambah... :)

1 comment:

Anonymous said...

Memang susah nak buat perubahan tapi kita tak boleh gak lari dari perubahan. Penin tak baca ayat tue... hehehe.. Semoga kita berjaya mencapai azam tahun nie... ;)