Friday, January 05, 2007

= :: k.i.s.a.h d.i.a ::=

dah setahun aku mengikuti kisah ni..kisah cinta seorang kawan..
dan aku masih menjadi org yg setia mendengar setiap keluh kesahnya...
entah...entah di mana silapnya dia mula terjebak dlm cinta yg sebegini..

kekasih hati milik orang @ suami org..suatu kisah cinta yang tiada kesudahan..
hubungan yg terjalin ini sudah pun mencecah usia setahun...
lantaran terpaksa berkongsi kasih, dia begitu menderita..
namun, setiap kali berjumpa, dia masih mampu tersenyum...

baru-baru ini aku menerima panggilan dari dia..menangis...
berita tentang kekasih hatinya bakal menerima seorang lagi cahaya mata..
bagi org lain, mungkin itu sesuatu yg menggembirakan & rezeki...
tetapi bagi dia, berita itu terlalu menghiris hati...
apatah lagi dia mendapat perkhabaran itu dari mulut org lain...
setelah kandungan berusia 7 bulan baru dia mendapat tahu..
JUJUR...mungkin itu yg dia harapkan dari kekasih hati..
penjelasan demi penjelasan yg dia terima...
ahh..aku dapat bayangkan perasaan dia..terlalu sedih..
meskipun dia tiada hak untuk menghalang ini dari berlaku ..
apatah lagi mereka tiada sebarang ikatan yg sah...
tapi..bakal berkongsi kasih dgn 'seorang lagi', dia tidak sanggup..
YES... she can forgive but she can't forget..
aku bersimpati..sehingga bila dia ingin menjeruk rasa?
kini, aku masih lagi menunggu keputusan dari dia..
samada untuk terus 'makan hati'.. @ undur diri...
tiba2 aku teringat lagu dari Tere-Dosa Termanis..
betul2 menepati kisah cinta kawan aku ni.. :(

berbagai-bagai cara untuk menikmati cinta..
perjalanan cinta setiap org berbeza-beza...
kadangkala kita kerap jatuh cinta pada orang yang salah...
dan kadangkala, bukan salah kita kerana jatuh cinta...
perasaan cinta itu sendiri terlalu suci...
dan ia hadir tanpa kita memikirkan siapa dia dan risikonya..
yang kita tahu hanyalah..ingin terus dibuai perasaan cinta...
begitu asyik..dan mempersona...

tiada cinta yang kekal melainkan cinta kepada-NYA...
dan tidak sukar untuk memperolehi cinta-NYA..

moral of the story:
janganla bercinta dgn suami org..
banyak buruk dari baiknya..
banyak pahit dari manisnya..

5 comments:

Anonymous said...

Kadang-kala kita terjerat dalam rasa sendiri.. Asyik...
Kadang-kala kita lari dari perasaan diri sendiri walaupun perit...

Anonymous said...

Kadang-kala kita terjerat dalam perasaan diri sendiri...
Asyik, hingga kita lalai dari realiti...

Adinina said...

bahaya oo..anyway, it takes 2 to tango..jgn skali2 mencuba2...

K@sih said...

hmm... tu la pasal..
kesian kat dia.. tapi.. apa blh buat..
kini, saya lebih berfikiran terbuka dlm hal2 mcm ni,

masyarakat kita KERAP menyalahkan org perempuan shj..
kenapa ya..
bak kata adinina, it takes two to tango..

adakah istilah salah atau betul dlm bercinta?

Ryna said...

Cinta itu perasaan, bagaimana kita mahu berkata jangan?