Thursday, June 22, 2006

:: c.H.e.M.i.s.T.R.y ::

tiap-tiap perhubungan tu kena ada chemistry gak utk berjaya..
betul ker?

"..kita jer yg bersungguh-sungguh...dia takde apa2 pun.."

hmm..semalam 'seseorang' yg pernah hadir dlm hidup, telefon..
mungkin dia tak percaya bila aku menyatakan dia antara yg terbaik yg pernah aku ada...
kenapa hubungan ini tidak berjaya?
mungkin...tiada 'chemistry' antara kami kot! haha...
terima kasih kerana masih menjadi sahabat.. :)

hmm..entah kenapa terdapat 'gosip2' liar d ofis mengatakan aku sudah single..
kalau yer, kenapa yer?
hehe...menamatkan suatu hubungan bukannya mudah...
memulakannya juga tidak mudah...
kena ada 'chemistry'... muahaha...

NaOH + HCl -------> NaCl + H2O

lebih kurang camtu ler persamaan kimianya...
aku dah x berapa ingat sgt..
dah 6 tahun meninggalkan subjek Kimia (my fav subject!)

pasangan itu tidak perlu sama serba serbi...
hobby..fav foods..interest..lawak yg sama...
jarang ia akan berhasil....
sekiranya berlainan, mungkin lebih baik....
mcm persamaan diatas...
Natrium hidroksida tak sama dgn asid hidroklorik..
tapi berjaya menghasilkan suatu ikatan yg kuat... :)
heh...merapu jer aku nih...

bak kata Siti Nurhaliza...
"..cinta ku bukan di atas kertas..."
takde kata2 yg mampu menggambarkan perasaan cinta itu sebenarnya..
hanya boleh dirasai dengan hati.......
"..keheningan mlm membangunkan..."
"......kepayahan kata meluahkan....."

dahulu, aku begitu senang untuk mengucapkan sayang...
"i love you.." dan sebagainya...kepada org2 yg aku sayang
kini....
mungkin seiring dengan peningkatan usia... *wink*
kata-kata seperti itu, jarang kedengaran dari mulut aku..
semua itu sudah tak perlu...hmmm...

6 comments:

Anonymous said...

ayat BOLD tu mmg penah berlaku dlm hidup i gak... kita jer yg bersungguh2... communicate... tp dia cam tu jer... pedih siot..

entah lar... kengkadang ada yg kata perlu CHEMISTRY... kengkadang kata perlu rasa selesa wlpun tanpa berkata2 n kengkadang kata communication berterusan antara dua hala.. unpredictable ya...

HADAPI DENGAN SENYUMAN.... i pujuk diri sdri gak :), kengkadang i rasa alasan semuanya... bila dah x nak... bermacam alasan diberikan.. jika nak... bermacam usaha dapatkan... bak kata pepatah " NAK 1000 DAYA, X NAK 1000 DALIH".
( ada benar gak kengkadang tu... )

Anonymous said...

Kadang2 chemistry tu perlu ada dlm sesuatu perhubungan..tapi kadangkala chemistry tu bukan tanda dia adalah jodoh kita. Mungkin itu tanda persahabatan yg akan kekal selama-lamanya.

So, tak perlu nak tunggu yg ada chemistry, baru nak jalan. Dalam sesuatu perhubungan, yg paling penting adalah kepercayaan, persefahaman, keserasian dan two way communication. ;)

yleobyfaeiz said...

susah sbenarnya kita nak carik pasangan yg ada chemistry....

Anonymous said...

Chemistry tidak menjamin kejayaan sesuatu perhubungan....kadang-kadang perlu dan kadang-kadang tidak...ada juga perhubungan yg banyak perbezaan tapi dengan izin Allah maka berkekalan jua...entahla kalau nak menghuraikan pasal chemistry ker tidak ni boleh jadi pusing kok mbak...

zuril said...

ada orang pernah cakap dengan zuril. sebenarnya kita tak perlu sama minat dengan org yg kita suka or suka kita tu. kalau ada yang sama tu, memang satu bonus lah. hehe.

keserasian/chemistry tu tetap akan wujud seandainya ada kasih, sayang di hati. sebab bila dah ada rasa tu, kita akan mula tolerate dengan orang tu,coz kita bljr memahami dia,menerima dia seadanya, dan masa tu, benda yang kita tak pernah suka pun, kita boleh terima.

=)

Anonymous said...

Enjoyed a lot! porsche scg Erotic pregnant porn stories incorporate buy flowers Malpractice and negligence jokes Cheap travel insurance from the uk cash advance 1722 answering durabrand machine mazda clear lake Refrigerator cookie Malpractice suites illinois lottery Switches burglar alarm system columbus incorporation xtreme floor mats c media electronics incorporation sound c-medi Vein cancer