Tuesday, May 23, 2006

:: harapan semalam ::

Semalam...
cuti petang...bawa kwn pergi berubat...
alhamdulillah dia dah ok... :)
hmmm..aku turut bertanyakan hal diri...
yelah...sudah semakin kosong aku rasa...
segalanya terluah dlm titis-titis jernih...
sejarah silam disingkap... masa hadapan diintai..
kecewa terpancar di wajahnya...
hela ini semakin tenang...
masihkah aku berharap?

hari ini aku ingat nak balik rumah awal..
selalu tu, dah lepas maghrib baru aku sampai rumah..
hmmm..2-3 harini penat..dada pun sakit jer...
too bad..berat aku turun mendadak lagi.. :(
mungkin aku x boleh terlalu susah hati & x boleh tinggal mkn...
hmmm...

meninggalkan dia belum tentu itu jln yg terbaik...
bersama dia juga belum tentu itu yg terbaik...
lantas apa ye? aku juga tidak tahu...
sangat2 memohon agar diberikan petunjuk kpd masalah aku yg satu ini..
bercerita pada 10 org juga belum tentu mereka akan faham situasi aku..
tidak bercerita pun, dikatakan aku ini memendam rasa...
serba salah jadinya..jadi, pada-Nya sajalah aku bercerita..
cuma..akhir2 ini berterima kasih pada Farah, Wanie, Ain..
tanpa kalian dcc, aku akan terus hanyut...hilang entah ke mana..

ada sahabat pernah beritahu aku...
"..ada org, dia jatuh dan terus jatuh ke bawah..menjunam..
dan tidak naik-naik lagi ke permukaan....
ada org pula, dia jatuh dan naik...
itu saja kerjanya..entah sampai bila...
ada pula yg jatuh sedikit demi sedikit...semakin dalam..
hingga sukar utk naik...tetapi tetap berusaha...
ada yg terus jatuh menjunam..
tetapi berjaya untuk naik ke permukaan...hilang d dasar.."

aku ini kategory yg mana? tough juga soalan nih? :P
sejauh mana aku pergi, suatu situasi itu tetap memburu aku..
seolah mmg aku ditakdirkan utk menghadapinya..dan tewas..
huh!

4 comments:

Anonymous said...

"communication most important in any relation"

bg i lar,kalo dah x dek communication wt somone 2, i'll inform n discuss to let him or her know my situation first. Then,if no respons/feedback or still da same..so i move on. Itu ajer. Cuba cari kekuatan diri u sdri..

InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan u... berdoalah.

* sori,pjg lak komen nie.. but,it based on my experience. Keep motivate myself, life must go on. :)

K@sih said...

:) its ok..nak komen pjg mana pun x kisah..

aku masih x tau sekuat mana aku nak merasai kehilangan insan2 tersayang yg selama ini berada dcc aku...
walaupun kdg2 mereka amat menyakitkan hati, tetapi mgkin sudah terbiasa mereka dcc,lantas aku redha sahaja dgn kehadiran mereka...

melepaskan mereka juga, akan berlaku perubahan yg amat besar dlm hidup aku...
sesungguhnya aku amat lemah saat ini..

kekuatan hanya terlihat pada zahirnya..
tetapi hakikatnya?
bagai retaknya telur yang menantikan belah...
tiada apa yg boleh aku lakukan lg..

zuril said...

jatuh. biarlah jatuh dan naik kembali, jatuh naik berulangkali.memang letih. tapi, hidup ini memang begitu kan?daripada jatuh terus dan tak naik-naik ke permukaan, itu lebih payah. tenggelam ke dasar, tak dapat diselamatkan lagi. =)

Anonymous said...

terus berusaha utk naik bila berkali-kali jatuh itu lebih baik...drpd berputus asa dan tidak bermaya...hidup ini ada pasang dan surutnya...